Wednesday, July 25, 2007

25 JULAI 2007, 10 REJAB 1428

alhamdulillah, hari ini dapat berjumpa dengan Mr Rosli Baharom, nak jemput dia jadi penceramah utk bengkel MPR 11 Ogos ni
nasib baik dapat.. lega. cuma perlu follow up dengan dia je la lepas ni
esok nak jumpa dia, lepas zohor, nak update pasal tentatif

cuma sejak kebelakangan ni berlaku sedikit masalah dalaman
yang kadang-kadang menjejaskan gerak kerja tu
hopefully benda tu selesai dan kembali seperti sedia kala..

cadang cam nak buat family day hujung minggu ni
tapi tak komfem lagi cam ne..

ustaz rahmat akan balik esok malam
maybe sempat jumpa dia jumaat nanti je la
nak update pasal proposal yg still not been approved yet...

Ya Allah, mudahkan lah segala urusan MPR kali ini
andai terdapat dugaan, istiqamahkan lah ku dalam perjuangan ini
tidak sesekali untuk undur diri..

Monday, July 23, 2007

23 JULAI 2007, 8 REJAB 1428

makin hari, terasa bahang MPR..
masing2 sibuk buat meeting dgn AJK
dan ada lagi ME yang masih belum buat meeting dengan AJK..
hopefully dapat disegerakan

sekarang ni dalam proses nak jumpa Mr Rosli
nak jemput die bagi ceramah masa bengkel MPR nanti..
hopefully bengkel nanti terjadi mengikut apa yang dirancang
insyaAllah...

Friday, July 20, 2007

20 JULAI 2007, 5 REJAB 1428

alhamdulillah, hari ni berjaya juga mencari pengganti Ketua Komiti Penutup
dan juga berjaya menjemput abg Ashmil selaku Setiausaha 1
bilik gerakan pun makin hari makin ceria
huhu..
cuma sponsor je yang masih direject2 MP nye..
riso lak..
semoga menepati apa yg dikehendaki..

Tuesday, July 17, 2007

18 JULAI 2007, 2 REJAB 1428

tengahari tadi ada jenguk bilik gerakan MPR kat bilik imam masjid lama
Alhamdulillah, dah kemas sket
cuma banyak lagi kekurangan, signboard, n bnde dalam tu
smgt nak wt, tp ada cam smthg yang x kena dgn diri ana ni
rasa mcm kurang sket smgt nak wt..
terima kasih kepada abg amin kerana sudi menggerakkan ME utk kemas bilik tu
n terima kasih jugak kepada sesiapa yang tlg kemas..
maybe keletihan main gamelan sehari suntuk kot..

Sunday, July 15, 2007

16 JULAI 2007, 1 REJAB 1428

alhamdulillah, meeting MT n ME dah dibuat sabtu lepas, 14 julai
yang x dtg, acan, awin, kak hidayah, faiz, kak roslini, kak izzah, syafiq jalil
masing2 dah ada perancangan tersendiri
dan banyak idea2 baru yang diperoleh dari meeting tu

sehari lepas tu ada jumpa ustaz
bincang2 mengenai aktiviti MPR
ada antara cdgn die pasal bisnes, soh wt perkhidmatan jaga selipar time jumaat..
mula2 dgr cm pelik, tp bagus jugak..

Thursday, July 12, 2007

13 JULAI 2007 , 27 JAMADILAKHIR 1428

assalamualaikum
ana masih merisau kan tentang proposal MPR n sponsor
head n assistant sponsor agak busy dengan kerja convofair n facee MAS
cam ne eh?
3 bulan disiakan begitu je
ari ni, kul 9, buat meeting HICOM
preparation sebelum meeting esok
head KBS datang jgk, kantoi la sgala apa yg dibincangkan td..
huhu
alhamdulillah, keempat2 orang dtg
tmbh sorg nak ganjilkan keadaan, jadi 5..

Tuesday, July 10, 2007

10 JULY 2007 , 24 JAMADILAKHIR 1428

alhamdulillah, meeting HICOM berjaya dibuat, walaupun SU 2 x dtg
output die, still byk keje in progress
n byk lagi perlu update
jumpa ustaz lepas mgrb, dia ckp x brapa clear pasal proposal
yg ana dgr, BELUM...
tggu dulu.. hopefully mggu ni dapat...
tp, nape ana perlu risau pasal proposal ni?
erk...

Saturday, July 7, 2007

USTAZ DAH BALIK..

alhamdulillah, ustaz balik pun dari sarawak
so, jumpa la ustaz kejap lepas maghrib
dia sempat pesan pasal MP je
soh edit2 balik
proposal insyaAllah akan diluluskan esok
hopefully dapat la...

TANZIM MPR 2007

SERBA SEDIKIT MENGENAI MPR...

Ramadhan adalah bulan yang mulia dalam Islam. Bulan ini terdapat pelbagai hikmah dan kelebihan yang Allah SWT berikan. Maka, apabila kita masuk ke bulan Rejab ini, perlulah kita melihat sejauh manakah amalan kita sebelum tibanya bulan Syaaban dan seterusnya ke bulan yang penuh barakah dan rahmat Allah, Ramadhan Al-Mubarak. Pada bulan ini perlu kita perbanyakkan ibadah atau aktiviti yang boleh meningkatkan keimanan, serta menambahkan ilmu dan kefahaman tentang Islam.

Berdasarkan kepada perkara inilah, pihak Unit Pentadbiran Masjid Universiti dengan kerjasama Rakan Masjid UTP akan cuba merangka satu program yang dapat memberikan input dan kefahaman tentang perkara di atas sepanjang bulan Syaaban ini. Penghayatan melalui program dalam bulan Syaaban ini merupakan antara mekanisma yang baik untuk menilai diri sebelum kita melangkah ke Bulan Ramadhan.

Adalah diharapkan melalui program-program seperti ini, dapat membentuk warga pelajar dan warga akademik memiliki keperibadian yang mulia dan terpuji. Seterusnya membentuk masyarakat madani dan berwawasan yang berlandaskan kalimah tauhid sebenar kepada Allah SWT.

OBJEKTIF

Ahli Jawatankuasa Pengelola telah menetapkan beberapa objektif sebagai garis panduan dalam merangka dan menjalankan setiap aktiviti. Secara amnya, sambutan Minggu Penghayatan Ramadhan 2007M/1428H ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada warga kampus UTP tentang kehadiran bulan yang mulia dan penghayatan yang perlu diamalkan sempena kehadiran Ramadhan.

Objektif Program:

  • Memberi kesedaran kepada warga kampus mengenai kehadiran bulan yang mulia iaitu Ramadhan;
  • Membentuk suatu budaya keilmuan dikalangan warga UTP melalui program yang dijalankan, seterusnya dijadikan nilai hidup yang berpanjangan;
  • Merapatkan silatur-rahim di antara warga kampus dengan masyarakat setempat;
  • Membentuk keperibadian yang mulia melalui penghayatan seterusnya pengamalan yang sewajarnya bagi menghidupkan Ramadhan (Ihya’ Ramadhan).
  • Mencungkil bakat-bakat mahasiswa/wi UTP dalam kesenian Islam sebagai memenuhi visi UTP untuk melahirkan pelajar yang serba boleh (well-rounded student).

MADAH MUQADDIMAH

assalamualaikum wbt..
salam perkenalan kepada semua yang membaca dan menatapi blog ini
tidak tahu untuk diperkatakan bahawa blog ini apa pattern dia
tapi, yang boleh ana katakan, blog ini lebih kepada perjalanan hidup dalam melakukan gerak kerja MPR
maybe lebih kepada apa yang ana lalui..
insyaAllah, semoga blog ini dapat menjadi rujukan dan pedoman kepada anda semua...
wallahu a'lam