Saturday, July 7, 2007

SERBA SEDIKIT MENGENAI MPR...

Ramadhan adalah bulan yang mulia dalam Islam. Bulan ini terdapat pelbagai hikmah dan kelebihan yang Allah SWT berikan. Maka, apabila kita masuk ke bulan Rejab ini, perlulah kita melihat sejauh manakah amalan kita sebelum tibanya bulan Syaaban dan seterusnya ke bulan yang penuh barakah dan rahmat Allah, Ramadhan Al-Mubarak. Pada bulan ini perlu kita perbanyakkan ibadah atau aktiviti yang boleh meningkatkan keimanan, serta menambahkan ilmu dan kefahaman tentang Islam.

Berdasarkan kepada perkara inilah, pihak Unit Pentadbiran Masjid Universiti dengan kerjasama Rakan Masjid UTP akan cuba merangka satu program yang dapat memberikan input dan kefahaman tentang perkara di atas sepanjang bulan Syaaban ini. Penghayatan melalui program dalam bulan Syaaban ini merupakan antara mekanisma yang baik untuk menilai diri sebelum kita melangkah ke Bulan Ramadhan.

Adalah diharapkan melalui program-program seperti ini, dapat membentuk warga pelajar dan warga akademik memiliki keperibadian yang mulia dan terpuji. Seterusnya membentuk masyarakat madani dan berwawasan yang berlandaskan kalimah tauhid sebenar kepada Allah SWT.

OBJEKTIF

Ahli Jawatankuasa Pengelola telah menetapkan beberapa objektif sebagai garis panduan dalam merangka dan menjalankan setiap aktiviti. Secara amnya, sambutan Minggu Penghayatan Ramadhan 2007M/1428H ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada warga kampus UTP tentang kehadiran bulan yang mulia dan penghayatan yang perlu diamalkan sempena kehadiran Ramadhan.

Objektif Program:

  • Memberi kesedaran kepada warga kampus mengenai kehadiran bulan yang mulia iaitu Ramadhan;
  • Membentuk suatu budaya keilmuan dikalangan warga UTP melalui program yang dijalankan, seterusnya dijadikan nilai hidup yang berpanjangan;
  • Merapatkan silatur-rahim di antara warga kampus dengan masyarakat setempat;
  • Membentuk keperibadian yang mulia melalui penghayatan seterusnya pengamalan yang sewajarnya bagi menghidupkan Ramadhan (Ihya’ Ramadhan).
  • Mencungkil bakat-bakat mahasiswa/wi UTP dalam kesenian Islam sebagai memenuhi visi UTP untuk melahirkan pelajar yang serba boleh (well-rounded student).

No comments: